la vie est belle

facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • About
  • chatbox
"mac and cheese?" dia angkat kening. tanda tak percaya.

"aah" aku dah capai sudu. dikaut sedikit sebelum disuap kedalam mulut.

"kau beriya ajak aku makan kat secret recipe sebab mac and cheese je?" masih lagi dengan nada tak percaya dia.

"aah" aku suap kali kedua.

"dari makan kan sini baik kau masak. bukan kau tak reti pun. dah lah mahal. membazir tahu" dah mulalah nak kasi ceramah. kalau layan sangat dia ni memang menjadi lah dia punya mulut. kekadang aku pun pelik, aku yang perempuan ni tak banyak mulut, dia ni hah lelaki yang banyak mulut. mak pun tak bising aku nak makan kat sini.

"kau dengar tak aku cakap ni?" dia dah tarik gelas tinggi yang berisi air coklat kearahnya.

"nope" aku teruskan makan.

"kau ni ish, ni kemahuan tahu tak? bukan satu keperluan. so dia dalam kategori mem-ba-zir. membazir tu kan amalan syaitan" ingatkan dia dah minum air tu nak stop, boleh pulak dia sambung!

"ok, whatever ustaz-to-be" pinggan yang kosong ditolak kedepan. ditarik gelas tinggi yang berisi jus buah. dikacau kacau isinya menggunakan straw.

"laju gila kau makan" aku sedut perlahan air. mata ditala kearah oreo cheese cake dia yang masih tak berusik sikit pun.

"sebab kau tu dari tadi nak ceramah aku en, tengok tu kek tak berusik langsung." dia pasang senyum segaris.

"ni kau dah decide nak ambik apa masa degree?" dia tujar topik. aku geleng laju.

"apa kata kau ambik engineering?" aku dah angkat kening.

"kau masuk kat Uni aku. for sure, kau dapat bila kau mohon" aku dah tenung dia lain macam.

"nak cakap aku nak kau belajar sama dengan aku lah tu. hell no, babe! aku just cadangkan je. yelah aku kan tengah ambik electrical and for me bukan susah pun. senang dapat kerja. kau kena ingat sikit, kita kena kerja nak bayar hutang"

bamm!

ayat kau memang dah power ah untuk seorang bakal engineer ni.

"aku tahu kau tak minat benda ni tapi zaman sekarang ni kau kena letak keperluan dulu baru kemahuan. sama macam mac and cheese ni. padahal boleh je kau buat kat rumah dengan bujet lagi murah dari kau beli, sebabkan kau malas ah kau nak makan kat sini and sebab dia lebel secret recipe en? " dia sambung lagi. tangan sama laju dengan mulut, dicedok sedikit kek lalu disua kemulut.

seriusly, aku rasa macam duduk depan sasterawan negara. ayat punyalah deep. boleh ah ala ala tercekit garfu.

"kalau setakat nak suruh aku ajar pun no hal sebab kita belajar tempat sama" dia dah senyum lebar.

ada udang disebalik mac and cheese!

"ala tadi kata taknak aku belajar sama dengan kau. cakap macam orang tak betul. main putar belit" aku buat muka. dia boleh pulak gelak, kuat pulak tu. ya allah ada jugak kena ketuk pakai sudu ni.

"ni aku nak cerita sikit tapi janji kau jangan gelak"

"ye. pedia?" aku pandang dia.

"janji ni?"

"ye janji. hah cepatlah cerita!" tak sabar.

"masa aku memula masuk U dulu aku pergi jumpa kaunselor. sebab aku en budak baru dia suruh buat test. first thing benda dia cakap lepas tengok test tu dia cakap, aku tak boleh nak couple"

sumpah aku gelak sampai keluar air mata.

"weih weih aku tak habis cakap lagi ni"

seee sampaikan kaunselor kau sendiri cakap kau tak boleh couple. hah tulah bila aku reject kau banyak kali bukan nak sedar diri lagi.

"boleh tak bagi aku cakap dulu?" dia dah bengang. aku kesat air mata pakai hujung lengan baju.

"ha sila sila"

"dia cakaplah aku ni mudah friendly dengan semua orang. kau pun tahu en aku macam mana?"

"pastu dia ada cakap lagi, if aku still jugak couple time sekarang, i will tend to hurt that person"

aku mati senyum.

"betul kan?" soalan.

aku tak angguk, tak geleng. dalam hati aku dah jerit sekuatnya. ya, kau memang dah banyak sakitkan hati orang tanpa kau sedar pun. aku lebih memilih untuk diam sebab aku dah penat nak bergaduh benda yang sama. lebih baik dia stay macam ni.

"aku tak nak hilang kawan aku lagi sekali" dia senyum segaris. senyum yang paling ikhlas aku pernah nampak.

- - - -

test test test. kalau best cakap ah best netau aku panjangkan ke XD

xoxo
zaa
Saturday, May 28, 2016 1 comments
assalamulaikum ppl,

harini aku nak share pengalaman paling ngeri dalam zaman 'teen' aku. aku ada masalah kelemumur yang sangat teruk. dah lah berkeping keping and bila tanggal dia berdarah. bila sikat je mulalah 'salji turun dari atas kepala. HAHAHAHAHAHAHA. aku ni dulu jenis penakut. everything yang berubah kat aku, aku tak akan cerita kat mak aku. aku rela diam je - -" bila ingat balik rasa nak marah diri sendiri sebab diam. kan dah merana sesorang.

kelemumur ni lumrah bagi orang yang bertudung ni sebabnya tiada pengudaraan dalam rambut. dahlah berpeluh pe semua ha memang menjadi jadi lah 'salji' dalam tu. lepas masalah 'salji' gugur pulak. sekali sikat, masha allah, punyalah banyak rambut gugur sampai satu tahap tu aku nak nangis tengok sebab takut botak. HAHAHAHAHAHA.

but now, alhamdulillah. i am free from dandruff tapi still gugur. tak seteruk yang dulu. so, i will share some of my tips on how to get rid your 'snow'.


  • syampu
aku guna syampu safi untuk kelemumur.aku tak ingat botol warna apa tapi yang aku ingat dia ada ekstrak limau nipis . bukan shaela ye. safi biasa tu. amaran, syampu tu sangat pedih  jika terkena kawasan kulit kepala yang luka. masa kau syampu tu pastikan kau urut sampai ke pangkal kulit kepala. biar sekejap, so dia meresap ke kulit kepala pastu bilas. jangan kau setakat syampu ramput ikut cukup syarat. memang kesudah tak akan jadi. basuh rambut at least sekali sehari. kulit kepala kering pun tak elok jugak.

kalau macam aku, kalau aku ada kelas pagi, aku  akan basuh rambut belah petang. kalau basuh pagi, rambut tak dapat kering dengan sempurna dan menyebabkan kau orang pakai tudung dengan rambut lembab. datang pulak masalah baru, rambut masam. euwww.


  • potong
aku tahu tak ramai yang sanggup nak buat ni even aku, tapi kalau dah teruk sangat memang jawabnya bye bye ah. bila dah pendek memudahkan korang untuk handle rambut korang. so bila dah ok, nak simpang sepanjang repunzel pun ikut korang lah.

tapi step ni bila korang rasa terdesak tersangat sangat dan dah tak tahan. aku buat dan jadi. memang nak menangis tapi demi nak baik. hurahhhhhh.


  • lap rambut
apa kau ingat lap rambut main kau gosok gosok gitu je? no. lepas basuh tu please lap dengan lembut pastu biarkan kering dengan semula jadi takpun pakai je hair dryer. JANGAN sikat masa basah. ya allah ni lah paling ramai orang buat. bila sikat masa basah boleh mengakibatkan rambut gugur lagi banyak. so tunggu dia kering baru sikat.

janganlah korang duk bungkus kepala tu, biar dia kena angin. kalau duk perap gitu memang tak akan elok. lain lah korang ada mesin yang kat salon tu. takde kan? so no bungkus kepala.


  • no sharing
oh please, janganlah share inner orang. kulit kita sangat sensitif even tudung baru beli kat kedai tu basuh dulu before pakai.


so that all my tips. seeloknya mencegah daripada merawat sebab bukan senang dik oit nak hilang. takes time. jangan jadikan kelemumur tu alasan tak nak pakai tudung. BIG NO. kalau kita nak buat baik, in syaa allah allah tolong, ok?

till next post.
xoxo
zaa


 
Tuesday, May 24, 2016 No comments
assalamualaikum, ppl!

aku tak tahu kalau orang lain ada problem macam aku ke tak but for me, i can't stand anymore!

my biggest problem is insecurity in everything.

majority kawan aku semuanya lawa and flawless. bila selfie sesama, whoah aku rase aku yang tergelam. benda ni buat aku down sendiri. even my mum do that to me. aku ni jauh sekali nak cakap flawless, jauh lagi cantik. bila orang terlepas cakap "eh muka dah teruk ni kenapa?"

thats hurt enough.

bukan tak effort nak 'normal' kekadang aku macam urg. please i don't know why my face became like this, orang sampai ingat aku ni tua dri umur aku dah ah aku specky tersangat nampak aku ni tua.

2nd one, bijak. bila aku tgk keliling aku semua bijak bila aku tak dpt tangkap certain topic, and aku tanya 'org bijak' bout that topic,

"takkan tak tahu yang ni?"

benda ni macam kena hiris hiris.

so kekadang tu aku mmg jadi shadow. i mean aku tak stand out. bila nak pakai something, aku akan pikir no i can't wear this. no, i not pretty enough ti wear this.

bila nak lontar my own idea, aku auto akn terpikir, "no, ni mesti kena reject" "tak kena. ala benda ni biasa"

HAHAHAHAHAHAHA

bila ntah aku nak belajar utk overcome benda ni semua.

thts all,

xoxo
zaa
Sunday, May 22, 2016 1 comments
assalamualaikum,


idk why i end up writting this. oh well being zaatira nothing normal happen.

i really hate girl's perfume. i know i one of them. blame me. aku rasa nak muntah, rasa pening kalau bau certain perfume perempuan. semuanya bau sweet and flowery. urg.

for me i prefer guy's instead. so laddies and gentleman, meet the weirdo zaatira. i do smell like a guy. bau fresh instead of flowery and sweet. it just nice to me. kekadang roomate aku pelik jgak tgk aku dgn obsession of guy's thinggy and also smell like them. my shower cream, hm kat rumah aku pakai ayah dan adik aku punya. dettol cool fresh so memang bau laki ah. aku rasa confident dgn bau camtu dri bau perempuan.

walaupun aku so much into guy's thinggy, still i can't hid the girly side of me. of course i still drooling over the hot guy faces *duneverimaginemyface* and still wearing hijab. wajib.

ada lah org tanya,

"kenapa kau minat sangat dengan guy's stuff? i mean kita perempuan just act like a girl"

so aku jawab jelah, aku just minat. walaupun dress up mcm guy lah jgak tpi obviously aku girl sebab aku pakai hijab. aku still minat lelaki. it just part of my obsession into their things. org tgk aku mcm nak tukar fitrah pun ye -___-

so siapa yg end up kat sini, and kenal aku jangan tengok aku macam hantu cukuplah. i still a cute girl *HAHAHAHA*

p/s: i still can't move on at 'getting it straight'. the wattpad story. gosh. tht story to cute to handle and i cried at some part in tht story. definately recomend to u.

till then,

xoxo
zaatira

p/ss: i still can't believe it. KN ( tht guy in tht story) don't know what is the meaning of xoxo. i laught hard. stupid KN HAHAHAHA

Wednesday, April 06, 2016 3 comments


1.

" kau tak perlu pun nak susahkan diri bawak ni..." aku angkat sedikit benda petak berwarna hitam.

"sebab bukan kita tak jumpa pun next sem. But anyway thanks sebab sanggup datang jejauh ni semata mata nak kasi pinjam hardisk ni"

aku tarik senyum segaris. dia janji pagi tadi nak bawak tapi dia lupa. aku tak sangka dia datang malam ni semata mata nak kasi benda ni.

terharu.

kot?


"not big deal pun. aku datang dengan aidil tu. kau dah makan tak ni?"

aku tak sempat balas, roomate aku datang menyapa dia. dia beborak dengan diorang. aku kembali memerhati phone.

tak sabar nak balik besok!

"k lah. aku nak balik. enjoy your meal girls. bye zee"

with that, aku kena bahan dengan roomate.

urg.




2.

untuk sekian kalinya aku hempuk kepala atas meja yang penuh dengan kertas fizik. untuk sekian kalinya aku tak dapat jawapan untuk soalan yang sama.

this subject almost kill me twist!

one,
spm

two,
diploma.

aku rujuk dhiya punya, tuan dia sepatutnya ajar aku hilang. pergi makan. tinggal aku sorang dengan en fizik kacak bergaya.

"I SOOOOO DONE WITH THIS" aku kembali meletakan kepala atas meja. mata dikatup rapat.

nak nangis.
nak balik.
nak tidur.
nak makan.

"zee ?" ada yang menegur.

"benda" tak langsung nak bukak mata. aku agak mata aku merah dah ni.

"kau tak gi makan?" kembali bertanya.

"tak"

senyap.

tolonglah kau pergi. aku tengah serabut dengan dengan project tile motion ni, ada kang kena hempuk dengan calculator.

"kau tak dapat lagi ek jawapan soalan tadi"

senyap.

selang beberapa minit dia kembali bersuara.

"jawapan kau betul lah. dah ambik ni makan."

aku angkat muka.

"kau tengok ni. kau pakai gravity 10, yang miss tunjuk tu dia pakai 9.8 sama je." dia terang. that explain much why i got different answer!

urg

"nah ambik ni" dihulur beberapa butir gula gula fruit plus epal kearah aku.

"kau patutnya beli sosej kat aku"

"aku malas"
Thursday, March 31, 2016 2 comments

for more and better explaination after grad with this diploma click here

assalamualaikum ppl,

so first of all, congratz to all ex spm-ians. say alhamdulillah even u not get what u expected. its gonna be ok. trust me. hahahaha. serius ni, spm it not the end of your life. buat sebagai cabaran yang korg akan baiki balik.

so today aku nak cerita pasal course aku. tersangat sangat ramai tak tahu course ni wujud T^T truth to be told, aku pun tak tahu jgak. aku jenis macam isi semua benda even aku tahu aku tak layak pun sebab kau takkan tahu rezeki kau camne selagi tak try.

at the end, aku pilih,

DIPLOMA SAINS (AS120)

first impression orang pasal course ni,


  1. susah namate sebab SAINS. that freaking 'biology, physics, chemistry' zaman espiem kembali menghantui.
  2. kenapa nak pilih course ni kalau kau boleh pergi matrik? *smirk
  3. eh course ni sama macam asasi sains jugak ke?

lebih kurang camtu ah kalau aku ckp kat orang yang aku ni budak sci lagi. oke aku akan cerita se se kat korang.

Q1:

susah? adik adik semua, semua benda jadi susah kalau duk sebut susah tapi tak usaha untuk 'senangkan' benda tu. dia camni ah, memang aku ngaku, subjek pure sci mase sekolah susah. 2 tahun berlajar macam blur blur pebenda tu ini. bila kau masuk u, kau just refresh balik je. so benda ni tak jadi susah. kau kena RAJIN untuk buat exercise tu je. konsep dia sama juga bagi korang yang nak ambik matrik. tak susah, tapi kena usaha, usaha, usaha dan lasssstttt sekali kau tawakal. 

Q2;


HAHAHAHAHAHAHA. aku selalu kena yang ni. jawapan dia simple je. aku tak suka berkerja dalam pressure. matrik dengan course aku ni tak jauh beza pun kecuali duration tu. aku dapat matrik jugak tapi dua tahun ah. aku bincang dengan mak ayah aku better pick diploma. semua ni kau kena tanya diri sendiri. kau boleh berkerja tak dalam keadaan pressure? sebab matrik ni fast track, diploma ni track biasa so dia more rileks siket. SIKIT JE LAH. dia sama je sebenarnye, kau still kena berlajar dalam masa 5 bulan then final. macam aku cakap tadilah, masa tuje. kau kene habis dalam masa ditetapkan dan masih tak spesifik. macam aku biology aku dipecah pecahkan. sem satu aku belajar introduction to biology. sem dua aku belajar biological chemistry.matrik, kau akan sentuh semua secara tak spesifik. korang akan belajar dalam masa 10 bulan lebih camtu untuk satu subjek yang bagi kami budak dip lebih kurang 2 tahun setengah baru habis belajar. 

Q3;


obviously lain. sama macam aku cerita pasal matrik tu lah. aku belajar jgak budak matrik dengan budak asasi punye silibus tapi kiteorang belajar secara detail. asasi cepat diploma lambat. tuje.



FACTS


* dalam malaysia ada dua IPTA tawar course ni. UPSI (sains fizikal) and UiTM (sains hayat). aku UiTM so memang sains hayat ah.

*course ni hanya 2 tahun setengah for UiTM. so klu takde aral in syaa allah tahun depan aku dah grad.

*takde praktikal. ni aku sedih jugak. nak jgak nak merasa jadi intern T^T tapi ada project sem. korang akan banyak duduk luar kampus untuk buat project. kalau senior aku yang ambik bio path, project depa kena kaji bakpe sungai kelantan ni jadi gini gini. haa time tu kena gi turun sendiri tengok sungai tu. gi jabatan kesihatan pe semua. memang berjalan saje ah. hahahahaha

*sem 4 nanti kena decide nak pilih Biology or Physics.

*belajar dalam keadaan slow but steady. kau takde lah nak rushing mane pun.

* belajar dalam Uitm ni satu ah bestnye. banyak cuti ma. pastu aku sakit. sakit nak perhabiskan test tertangguh T^T


UiTM

part one; 
ELC120
CTU110
PHY
CHM
BIO120
MAT
HBU

*bian aku tak ingat code hahahaha

ELC tu subject bi. part one korang hadap listening je. macam aku kena tengok movie without subtitle then kena buat movie review depan orang, music review,  assessment. korang kena dengar satu audio story pastu jawab tiga soalan berdasarkan cerita korang dengar. lect tak kejam pun. depa selalunya kasitau sehari sebelum tu untuk korang pepandai ah cari cerita tu. baca dulu ke apa. nasihat aku en, JANGAN TENGOK MOVIE DIA. sumpah aku menyesal sebab tak sama. so baca je walaupun kau tak paham. baca banyak kali. final nanti kau jawab soalan macam comprehension je. simple.

CTU tu agama. belajar pasal akidah. benda dah belajar zaman form 4. PHY, BIO, CHM. hm ni aku nasihat lah en, refresh balik zaman f5,f4 punye. basic ah paling nak ada tapi jangan risau sangat ah. lect ade je nak tolong korang. dia pun pasal dah cuti lama sangat otak pun slow slow siket hahahaha. MAT tu pre calculus. em senang kalau rajin susah kalau malas. aku sebab malas so jawapan dia susah padahal senang. last but not least HBU. ehem ni KOKO. still kau kena ambik. Uitm korg boleh pilih ah nanti. banyak and still benda ni masuk final ye. setakat ni lah, bagi aku just bawak buku rujukan zmn spm biology dengan chemistry je lah. paling penting bio ah. sebab bio memang serupa sangat. chm part one tak banyak sgt yg zmn spm tpi part two tu mmg ade.

part one senang je kalau nak dean. serius. Uitm nak 3.5 untuk dpt dean. senang sgt sebab aku tak dpt. slek situ sini. satu je lah aku nak cakap, bila kau start belajar masuk Ipta ke ipts ke matrik sekalipun, ingat niat utama. BELAJAR. takpayah ah nak terikut sangat dengan drama melayu konon terjumpe jodoh kat library, gaduh gaduh jodoh, cari lect hansem ah ape lah. korang belajar jelah, nanti ade jodoh ade ah tu.



aku rase tu jelah kut? tak paham korg boleh shoot kat sini. in syaa allah aku reply. ni pun lagi 2 minggu lagi aku nak final weih pastu end of part two. weheeee. hahahahaha. takpe takpe aku jawab je nanti. so pilihlah dengan bijak ye masa isi upu.

xoxo
zaa

Thursday, March 03, 2016 10 comments
Newer Posts
Older Posts

Owner


Just Married


name given: zaatira. people call me za-a. 23 years old girl that wish to living in fantasy. blogging every weekend. someone that love makeup and also food! READ MORE



you can directly contact me via
leezara.zatyra@gmail.com



collaboration

Just Married


-Haikal-
Benda terakhir yang diingatnya sebelum tubuh menyembam lantai, halaman sebelum lacuna dalam memorinya wujud adalah "Aku hadiahkan ini untuk kau. Guna sebaik-baiknya."

O...kay? Kalau itu bukan creepy, apa nama lainnya?

Dan Hara... is she the missing page?
READ MORE

Blog Archive

  • ▼  2020 (5)
    • ▼  May (1)
      • Metaphor
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2019 (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (25)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)

playlist

cheesecake

  • between the lines
    091: of time, memories and paintings
  • Of Coffees And Muffin
    01. A new life path?

banana-crepe

  • Chapters
    Chapter 228: Tiada Titik Permulaan
  • La Scrittura Street
    Tambuna Retreat, Ipoh
  • Nurul Rasya
    Back in Japan for My PhD: 2024 Recap of New Challenge
  • trouvaille
    Hello Again, Blogger
  • f l a w s o m e
    PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025

mooncakes

Popular Posts

  • Review: Put Your Head On My Shoulder
    assalamualaikum and hello peps! i'm back with another review! drama ni dah lama bulan 4 ritu. aku dah sesiap letak dalam playli...
  • Metaphor
    assalamualaikum and 안영하세요. Photo by  Jonas Denil  on  Unsplash aku suka sangat cheesecake . any cheesecake dari red velvet sampai...
  • July empties!
    assalamualaikum and hello peps! yaa i know, July is not over yet but this girl (read: me) have nothing to post so yeah. my July empties...

Labels

anime book contenganzaa drabble drama favorite giveaway life makeup movie review skincare trip update wrap up

Created with by ThemeXpose