la vie est belle

facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • About
  • chatbox
assalamualaikum and 안영하세요.


Photo by Jonas Denil on Unsplash
aku suka sangat cheesecake. any cheesecake dari red velvet sampai la burn cheesecake semua aku suka. i used to eat cheesecake like everyday. tanpa muak. cheesecake bagi aku macam pelengkap hari aku. sehari tak cari cheesecake rasa macam pelik, incompleteness. mungkin sebab itu aku tak menghargai rasa nikmat dapat makan tanpa ada halangan. bila kau hilang something you cherish baru faham erti kekosongan. ditakdirkan aku tak boleh ambik any lactose product, kalau aku degil or termakan effect dia either aku muntah everything sampai badan pun tak mampu nak bangun or my face became worst. naik balik segala keluarga jerawat. 


dan bermula la hidup baru aku tanpa cheesecake. tipu la kalau tak tercuit sikit pun rasa craving nak makan. nak rasa nikmat boleh enjoy makan tanpa kena tanggung rasa 'sakit'. lelama craving tu hilang. sikit pun tekak tak menagis mahukan cheesecake seperti dulu. 


sampai la hari ni. entah apa yang merasuk, aku nak sangat makan cheesecake. aku capai sepiringin cheesecake. aku pandang kosong tak seperti dulu. disua sedikit masuk ke dalam mulut. sampai la suapan ketiga aku stop makan. kek masih lagi berbaki dalam piring, ditolak jauh. entah, aku rasa kek tu pelik. cheesecake yang datang dari secret recipe yang pernah menjadi kegemaran aku. 


Photo by Nicholas Ng on Unsplash


entah kenapa aku rasa nak makan tanpa peduli apa yang akan jadi. sekarang aku rasa menyesal. this is not cheesecake that i loved. dia rasa lain. aku boleh muak padahal baru suapan ketiga. of course aku boleh agak yang badan aku mula memaksa aku untuk muntahkan segalanya. adakah berbaloi aku makan cheesecake untuk buat badan aku lembik tepi singki? tak. mungkin lepas apa yang jadi aku akan jadi lebih serik untuk tak akan makan cheesecake sampai bila bila. 


manusia tak akan pernah berlajar erti sakit selagi dia tak merasa sakit tu sendiri. ala setakat orang momok mana pernah nak ambik kesah selagi tak kena kat diri sendiri. dalam dunia ni masih banyak kek yang tak ada cheese. mungkin after this aku akan minat kek chocolate pulak. siapa tahu.


seminggu juga mood aku tak berapa nak duduk pada paksinya. kesudahannya aku rasa macam overwhelm. maka aku rasa nak muntah everything kat words. aku dah mula balik habit aku yang lama, bila aku terlampau dikawal dengan emosi aku akan muntahkan segalanya kat sini. lepas ni aku akan rasa lebih okay? 



Loving you through all your hating. But now it's over now. And now I'm sober now--my heart by Christopher

Thursday, May 07, 2020 30 comments

source: pinterest

assalamualaikum peps, saya doakan semua sihat and sentiasa amalkan social distance okay? again, zaatira memang sentiasa busy dalam erti kata lain lupa dia ada blog. alang alang dapat cuti terlebih ni barula nak bukak. i'm so sorry to unknown? i'm not sure nama awak apa and i'm not sure unknown dengan this one girl personally email me about this. refer back to my old post diploma sains post ni ditulis masa semester 2. masa ni pun tak nampak hala tuju HAHAHAHAHAHAHA. orait saya jawab dulu soalan unknown after that saya cerita apa apa jela for future references.

1. 

first of all, saya bukan fully uitm pun :) saya belajar dekat kptm kota bharu kelantan under program kolej bersekutu uitm. maksudnya subject, jadual akademik semua follow uitm taaaaaapi yuran saya ikut kptm which is mahal ;') kptm ni ipts walaubagaimanapun saya apply mara. quite okaay jugak sebab mara tak ada bunga macam ptptn and bila nak bayar balik boleh minta pengurangan based on result. alhamdulillah total loan saya around 36k+ tapi lepas mintak pengurangan kena bayar balik around 7k je. untuk program macam ni under kptm rasanya dah tak ada sebab junir bawah saya je last. zaman tu mara ada problem sikit. 

kenapa tak masuk uitm direct je? 



saya dapat uitm tapi bukan course ni. saya dapat diploma sains komputer dekat uitm raub. memula memang nak pergi je tapi ayah macam tak kasi sebab dia takut tak boleh bawak and so on. lagipun dulu bercita cita nak jadi marine biologist /angan tinggal angan :')/ okay fyi untuk bakal yang menerima result upu especially uitm. once korang tekan terima tawaran korang tak boleh simply simply tukar course. uitm complicated geng :') boleh je tekan tak terima pastu tekan rayuan tapi kira lambat la. saya nak cepat. nak jadi first intake thats why ambik je kptm.  

yang ni based on adik sendiri yang also diploma sains jugak sekarang. diplama sains ada dekat jengka pahang, samarahan and tapah. jangan risau la kalau awak duduk semenanjung takut kena campak kat samarahan. uitm dia ikut sistem alamat rumah. kalau awak duduk area pantai timur bigger chance masuk uitm jengka.

2.


diploma sains ni under fakulti sains gunaan so apa apa course yang ada dalam FSG (shortform) boleh apply. boleh google degree in fsg uitm. lagi satu dia juga bergantung dengan major apa awak ambik. macam saya pernah cerita kat original post, masa semester 4 korang diberi pilihan untuk pilih aliran apa. ada fizik dengan biology. macam saya sendiri ambik aliran fizik and currently degree in mechanical engineering under uitm jugak. macam kawan saya yang ambik aliran biology, currently in degree in dentistry. diploma sains ni sama je macam matrik tapi skop awak mostly sains. agak payah kalau nak tertiba nak terjun pergi tourism ke architecture.

berbalik kepada soalan awak boleh ke jadi cikgu? i'm not sure about that buuuuut kawan saya sekarang ada je ambik degree science education (physics). saya tak sure dari degree dia ambik tu terus layak jadi cikgu terus or he still need to go maktab or what. 

3.



excited? HAHAHAHAHA sebab first time duduk betul betul jauh dari family. saya duduk pahang and belajar dekat kelantan yang kalau naik bas pun almost 9 hours :') yang excited ni masa dapat bilik pe semua tu taaaapi bila first day yang kena pergi fakulti tu halaaaamak tak seronok :') tbh i hate orientation. tak suka la weih senior duk layan kita yang junior ni macam budak sekolah main all those activities yang sebijik budak sekolah. ye i kind of person cam boring sikit but yea i prefer first day tu dia ajak pusing satu kolej ke kenal blok ke? cerita la apa yang bermanfaat sikit ke instead of abang abang fasi acah test market/roll eye/

dah habis sengsara seminggu orientasi or mostly orang kenal mds barula first day kelas. pembelajaran masa diploma dengan waktu kelas memang berbeza sebab kita tak stick in one class. kita akan sentiasa tukar kelas ikut subject and kena pandai urus masa sendiri dah tahu kelas pagi, bangun awal bersiap awal sampai kelas awal. yang saaaaangat saaaaaangat penting pandai pilih kawan. kita boleh kawan dengan semua orang tapi yang untuk yang kita bebetul rapat tu cari yang boleh bawak kita berjaya. kena ingat zaman diploma adalah zaman peralihan antara sekolah dengan university. banyak sangat jumpat kawan sendiri culture shock balik lewat malam. pe semua tu. please take care of yourself okay? tak salah have fun tapi beringat tau. 

pesanan seorang yang dah graduated from diploma sains like 3 years ago....




diploma memang leisure but still kena push our self untuk sentiasa study barula dapat result oseem nanti mana tahu dapat rezeki jadi dentistry ke. 3 semester awal tu saya berani jamin hanya sorang je yang berbetul dari awal sampai dia grad dapat buat degree dia nak yang lain semua berubah masa semester. contohnya saya sendiri. jauh tau lari dari marine biologist ke mechanical engineering. takpeela saya niat saya nak belajar and after setel degree nak kerja bagi duit kat mak ayah. diploma sains ni tak lama pun 2 tahun setengah. kalau awak sambung degree under fsg jugak degree awak jadi 3 tahun so total belajar 5 tahun setengah. sambung degree under fakulti yang sama dengan diploma awak sangat untung sebab boleh pendekan masa degree.

apa apa pun pilihan awak saya doakan all the best! kalau rasa nak tanya soalan personal boleh reach me out dekat twitter @tirawho twitter saya ada 24/7 compare blog AHAHAHAHAHAHA. 


Saturday, March 28, 2020 4 comments
"mac and cheese?" dia angkat kening. tanda tak percaya.

"aah" aku dah capai sudu. dikaut sedikit sebelum disuap kedalam mulut.

"kau beriya ajak aku makan kat secret recipe sebab mac and cheese je?" masih lagi dengan nada tak percaya dia.

"aah" aku suap kali kedua.

"dari makan kan sini baik kau masak. bukan kau tak reti pun. dah lah mahal. membazir tahu" dah mulalah nak kasi ceramah. kalau layan sangat dia ni memang menjadi lah dia punya mulut. kekadang aku pun pelik, aku yang perempuan ni tak banyak mulut, dia ni hah lelaki yang banyak mulut. mak pun tak bising aku nak makan kat sini.

"kau dengar tak aku cakap ni?" dia dah tarik gelas tinggi yang berisi air coklat kearahnya.

"nope" aku teruskan makan.

"kau ni ish, ni kemahuan tahu tak? bukan satu keperluan. so dia dalam kategori mem-ba-zir. membazir tu kan amalan syaitan" ingatkan dia dah minum air tu nak stop, boleh pulak dia sambung!

"ok, whatever ustaz-to-be" pinggan yang kosong ditolak kedepan. ditarik gelas tinggi yang berisi jus buah. dikacau kacau isinya menggunakan straw.

"laju gila kau makan" aku sedut perlahan air. mata ditala kearah oreo cheese cake dia yang masih tak berusik sikit pun.

"sebab kau tu dari tadi nak ceramah aku en, tengok tu kek tak berusik langsung." dia pasang senyum segaris.

"ni kau dah decide nak ambik apa masa degree?" dia tujar topik. aku geleng laju.

"apa kata kau ambik engineering?" aku dah angkat kening.

"kau masuk kat Uni aku. for sure, kau dapat bila kau mohon" aku dah tenung dia lain macam.

"nak cakap aku nak kau belajar sama dengan aku lah tu. hell no, babe! aku just cadangkan je. yelah aku kan tengah ambik electrical and for me bukan susah pun. senang dapat kerja. kau kena ingat sikit, kita kena kerja nak bayar hutang"

bamm!

ayat kau memang dah power ah untuk seorang bakal engineer ni.

"aku tahu kau tak minat benda ni tapi zaman sekarang ni kau kena letak keperluan dulu baru kemahuan. sama macam mac and cheese ni. padahal boleh je kau buat kat rumah dengan bujet lagi murah dari kau beli, sebabkan kau malas ah kau nak makan kat sini and sebab dia lebel secret recipe en? " dia sambung lagi. tangan sama laju dengan mulut, dicedok sedikit kek lalu disua kemulut.

seriusly, aku rasa macam duduk depan sasterawan negara. ayat punyalah deep. boleh ah ala ala tercekit garfu.

"kalau setakat nak suruh aku ajar pun no hal sebab kita belajar tempat sama" dia dah senyum lebar.

ada udang disebalik mac and cheese!

"ala tadi kata taknak aku belajar sama dengan kau. cakap macam orang tak betul. main putar belit" aku buat muka. dia boleh pulak gelak, kuat pulak tu. ya allah ada jugak kena ketuk pakai sudu ni.

"ni aku nak cerita sikit tapi janji kau jangan gelak"

"ye. pedia?" aku pandang dia.

"janji ni?"

"ye janji. hah cepatlah cerita!" tak sabar.

"masa aku memula masuk U dulu aku pergi jumpa kaunselor. sebab aku en budak baru dia suruh buat test. first thing benda dia cakap lepas tengok test tu dia cakap, aku tak boleh nak couple"

sumpah aku gelak sampai keluar air mata.

"weih weih aku tak habis cakap lagi ni"

seee sampaikan kaunselor kau sendiri cakap kau tak boleh couple. hah tulah bila aku reject kau banyak kali bukan nak sedar diri lagi.

"boleh tak bagi aku cakap dulu?" dia dah bengang. aku kesat air mata pakai hujung lengan baju.

"ha sila sila"

"dia cakaplah aku ni mudah friendly dengan semua orang. kau pun tahu en aku macam mana?"

"pastu dia ada cakap lagi, if aku still jugak couple time sekarang, i will tend to hurt that person"

aku mati senyum.

"betul kan?" soalan.

aku tak angguk, tak geleng. dalam hati aku dah jerit sekuatnya. ya, kau memang dah banyak sakitkan hati orang tanpa kau sedar pun. aku lebih memilih untuk diam sebab aku dah penat nak bergaduh benda yang sama. lebih baik dia stay macam ni.

"aku tak nak hilang kawan aku lagi sekali" dia senyum segaris. senyum yang paling ikhlas aku pernah nampak.

- - - -

test test test. kalau best cakap ah best netau aku panjangkan ke XD

xoxo
zaa
Saturday, May 28, 2016 1 comments
Older Posts

Owner


Just Married


name given: zaatira. people call me za-a. 23 years old girl that wish to living in fantasy. blogging every weekend. someone that love makeup and also food! READ MORE



you can directly contact me via
leezara.zatyra@gmail.com



collaboration

Just Married


-Haikal-
Benda terakhir yang diingatnya sebelum tubuh menyembam lantai, halaman sebelum lacuna dalam memorinya wujud adalah "Aku hadiahkan ini untuk kau. Guna sebaik-baiknya."

O...kay? Kalau itu bukan creepy, apa nama lainnya?

Dan Hara... is she the missing page?
READ MORE

Blog Archive

  • ▼  2020 (5)
    • ▼  May (1)
      • Metaphor
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2019 (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (25)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)

playlist

cheesecake

  • between the lines
    091: of time, memories and paintings
  • Of Coffees And Muffin
    01. A new life path?

banana-crepe

  • Chapters
    Chapter 222: Ibu
  • Nurul Rasya
    Back in Japan for My PhD: 2024 Recap of New Challenge
  • La Scrittura Street
    How I Went For Mental Health Treatment
  • trouvaille
    Hello Again, Blogger
  • f l a w s o m e
    PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025

mooncakes

Popular Posts

  • Metaphor
    assalamualaikum and 안영하세요. Photo by  Jonas Denil  on  Unsplash aku suka sangat cheesecake . any cheesecake dari red velvet sampai...
  • Lacuna
    click on the picture for the link! assalamualaikum and 안녕하새요! finally i'm back writing! lama sangat tak update anything ka...
  • July empties!
    assalamualaikum and hello peps! yaa i know, July is not over yet but this girl (read: me) have nothing to post so yeah. my July empties...

Labels

anime book contenganzaa drabble drama favorite giveaway life makeup movie review skincare trip update wrap up

Created with by ThemeXpose