assalamualaikum and 안영하세요.
Photo by Jonas Denil on Unsplash
aku suka sangat cheesecake. any cheesecake dari red velvet sampai la burn cheesecake semua aku suka. i used to eat cheesecake like everyday. tanpa muak. cheesecake bagi aku macam pelengkap hari aku. sehari tak cari cheesecake rasa macam pelik, incompleteness. mungkin sebab itu aku tak menghargai rasa nikmat dapat makan tanpa ada halangan. bila kau hilang something you cherish baru faham erti kekosongan. ditakdirkan aku tak boleh ambik any lactose product, kalau aku degil or termakan effect dia either aku muntah everything sampai badan pun tak mampu nak bangun or my face became worst. naik balik segala keluarga jerawat.
dan bermula la hidup baru aku tanpa cheesecake. tipu la kalau tak tercuit sikit pun rasa craving nak makan. nak rasa nikmat boleh enjoy makan tanpa kena tanggung rasa 'sakit'. lelama craving tu hilang. sikit pun tekak tak menagis mahukan cheesecake seperti dulu.
sampai la hari ni. entah apa yang merasuk, aku nak sangat makan cheesecake. aku capai sepiringin cheesecake. aku pandang kosong tak seperti dulu. disua sedikit masuk ke dalam mulut. sampai la suapan ketiga aku stop makan. kek masih lagi berbaki dalam piring, ditolak jauh. entah, aku rasa kek tu pelik. cheesecake yang datang dari secret recipe yang pernah menjadi kegemaran aku.
Photo by Nicholas Ng on Unsplash
entah kenapa aku rasa nak makan tanpa peduli apa yang akan jadi. sekarang aku rasa menyesal. this is not cheesecake that i loved. dia rasa lain. aku boleh muak padahal baru suapan ketiga. of course aku boleh agak yang badan aku mula memaksa aku untuk muntahkan segalanya. adakah berbaloi aku makan cheesecake untuk buat badan aku lembik tepi singki? tak. mungkin lepas apa yang jadi aku akan jadi lebih serik untuk tak akan makan cheesecake sampai bila bila.
manusia tak akan pernah berlajar erti sakit selagi dia tak merasa sakit tu sendiri. ala setakat orang momok mana pernah nak ambik kesah selagi tak kena kat diri sendiri. dalam dunia ni masih banyak kek yang tak ada cheese. mungkin after this aku akan minat kek chocolate pulak. siapa tahu.
seminggu juga mood aku tak berapa nak duduk pada paksinya. kesudahannya aku rasa macam overwhelm. maka aku rasa nak muntah everything kat words. aku dah mula balik habit aku yang lama, bila aku terlampau dikawal dengan emosi aku akan muntahkan segalanya kat sini. lepas ni aku akan rasa lebih okay?
Loving you through all your hating. But now it's over now. And now I'm sober now--my heart by Christopher