Writter


Zaa | not yet twenty | potato awkward
you can contact me directly at:

leezara.zatyra@gmail.com


"life too short to be sad. so enjoy it :D"

w=ho2




CBOX




ARCHIEVE

CREDIT

© 2014 - Skins by Mayra. Cute icon from Pixel and other from wana.
May 28, 2016 - {1 Alien}
mac and cheese

"mac and cheese?" dia angkat kening. tanda tak percaya.

"aah" aku dah capai sudu. dikaut sedikit sebelum disuap kedalam mulut.

"kau beriya ajak aku makan kat secret recipe sebab mac and cheese je?" masih lagi dengan nada tak percaya dia.

"aah" aku suap kali kedua.

"dari makan kan sini baik kau masak. bukan kau tak reti pun. dah lah mahal. membazir tahu" dah mulalah nak kasi ceramah. kalau layan sangat dia ni memang menjadi lah dia punya mulut. kekadang aku pun pelik, aku yang perempuan ni tak banyak mulut, dia ni hah lelaki yang banyak mulut. mak pun tak bising aku nak makan kat sini.

"kau dengar tak aku cakap ni?" dia dah tarik gelas tinggi yang berisi air coklat kearahnya.

"nope" aku teruskan makan.

"kau ni ish, ni kemahuan tahu tak? bukan satu keperluan. so dia dalam kategori mem-ba-zir. membazir tu kan amalan syaitan" ingatkan dia dah minum air tu nak stop, boleh pulak dia sambung!

"ok, whatever ustaz-to-be" pinggan yang kosong ditolak kedepan. ditarik gelas tinggi yang berisi jus buah. dikacau kacau isinya menggunakan straw.

"laju gila kau makan" aku sedut perlahan air. mata ditala kearah oreo cheese cake dia yang masih tak berusik sikit pun.

"sebab kau tu dari tadi nak ceramah aku en, tengok tu kek tak berusik langsung." dia pasang senyum segaris.

"ni kau dah decide nak ambik apa masa degree?" dia tujar topik. aku geleng laju.

"apa kata kau ambik engineering?" aku dah angkat kening.

"kau masuk kat Uni aku. for sure, kau dapat bila kau mohon" aku dah tenung dia lain macam.

"nak cakap aku nak kau belajar sama dengan aku lah tu. hell no, babe! aku just cadangkan je. yelah aku kan tengah ambik electrical and for me bukan susah pun. senang dapat kerja. kau kena ingat sikit, kita kena kerja nak bayar hutang"

bamm!

ayat kau memang dah power ah untuk seorang bakal engineer ni.

"aku tahu kau tak minat benda ni tapi zaman sekarang ni kau kena letak keperluan dulu baru kemahuan. sama macam mac and cheese ni. padahal boleh je kau buat kat rumah dengan bujet lagi murah dari kau beli, sebabkan kau malas ah kau nak makan kat sini and sebab dia lebel secret recipe en? " dia sambung lagi. tangan sama laju dengan mulut, dicedok sedikit kek lalu disua kemulut.

seriusly, aku rasa macam duduk depan sasterawan negara. ayat punyalah deep. boleh ah ala ala tercekit garfu.

"kalau setakat nak suruh aku ajar pun no hal sebab kita belajar tempat sama" dia dah senyum lebar.

ada udang disebalik mac and cheese!

"ala tadi kata taknak aku belajar sama dengan kau. cakap macam orang tak betul. main putar belit" aku buat muka. dia boleh pulak gelak, kuat pulak tu. ya allah ada jugak kena ketuk pakai sudu ni.

"ni aku nak cerita sikit tapi janji kau jangan gelak"

"ye. pedia?" aku pandang dia.

"janji ni?"

"ye janji. hah cepatlah cerita!" tak sabar.

"masa aku memula masuk U dulu aku pergi jumpa kaunselor. sebab aku en budak baru dia suruh buat test. first thing benda dia cakap lepas tengok test tu dia cakap, aku tak boleh nak couple"

sumpah aku gelak sampai keluar air mata.

"weih weih aku tak habis cakap lagi ni"

seee sampaikan kaunselor kau sendiri cakap kau tak boleh couple. hah tulah bila aku reject kau banyak kali bukan nak sedar diri lagi.

"boleh tak bagi aku cakap dulu?" dia dah bengang. aku kesat air mata pakai hujung lengan baju.

"ha sila sila"

"dia cakaplah aku ni mudah friendly dengan semua orang. kau pun tahu en aku macam mana?"

"pastu dia ada cakap lagi, if aku still jugak couple time sekarang, i will tend to hurt that person"

aku mati senyum.

"betul kan?" soalan.

aku tak angguk, tak geleng. dalam hati aku dah jerit sekuatnya. ya, kau memang dah banyak sakitkan hati orang tanpa kau sedar pun. aku lebih memilih untuk diam sebab aku dah penat nak bergaduh benda yang sama. lebih baik dia stay macam ni.

"aku tak nak hilang kawan aku lagi sekali" dia senyum segaris. senyum yang paling ikhlas aku pernah nampak.

- - - -

test test test. kalau best cakap ah best netau aku panjangkan ke XD

xoxo
zaa

Blogger faten.banana said...

ma feels ma feels

 

Post a Comment