Writter


Zaa | not yet twenty | potato awkward
you can contact me directly at:

leezara.zatyra@gmail.com


"life too short to be sad. so enjoy it :D"

w=ho2




CBOX




ARCHIEVE

CREDIT

© 2014 - Skins by Mayra. Cute icon from Pixel and other from wana.
May 24, 2016 - {0 Alien}
snow on your head?!!

assalamulaikum ppl,

harini aku nak share pengalaman paling ngeri dalam zaman 'teen' aku. aku ada masalah kelemumur yang sangat teruk. dah lah berkeping keping and bila tanggal dia berdarah. bila sikat je mulalah 'salji turun dari atas kepala. HAHAHAHAHAHAHA. aku ni dulu jenis penakut. everything yang berubah kat aku, aku tak akan cerita kat mak aku. aku rela diam je - -" bila ingat balik rasa nak marah diri sendiri sebab diam. kan dah merana sesorang.

kelemumur ni lumrah bagi orang yang bertudung ni sebabnya tiada pengudaraan dalam rambut. dahlah berpeluh pe semua ha memang menjadi jadi lah 'salji' dalam tu. lepas masalah 'salji' gugur pulak. sekali sikat, masha allah, punyalah banyak rambut gugur sampai satu tahap tu aku nak nangis tengok sebab takut botak. HAHAHAHAHAHA.

but now, alhamdulillah. i am free from dandruff tapi still gugur. tak seteruk yang dulu. so, i will share some of my tips on how to get rid your 'snow'.


  • syampu
aku guna syampu safi untuk kelemumur.aku tak ingat botol warna apa tapi yang aku ingat dia ada ekstrak limau nipis . bukan shaela ye. safi biasa tu. amaran, syampu tu sangat pedih  jika terkena kawasan kulit kepala yang luka. masa kau syampu tu pastikan kau urut sampai ke pangkal kulit kepala. biar sekejap, so dia meresap ke kulit kepala pastu bilas. jangan kau setakat syampu ramput ikut cukup syarat. memang kesudah tak akan jadi. basuh rambut at least sekali sehari. kulit kepala kering pun tak elok jugak.

kalau macam aku, kalau aku ada kelas pagi, aku  akan basuh rambut belah petang. kalau basuh pagi, rambut tak dapat kering dengan sempurna dan menyebabkan kau orang pakai tudung dengan rambut lembab. datang pulak masalah baru, rambut masam. euwww.


  • potong
aku tahu tak ramai yang sanggup nak buat ni even aku, tapi kalau dah teruk sangat memang jawabnya bye bye ah. bila dah pendek memudahkan korang untuk handle rambut korang. so bila dah ok, nak simpang sepanjang repunzel pun ikut korang lah.

tapi step ni bila korang rasa terdesak tersangat sangat dan dah tak tahan. aku buat dan jadi. memang nak menangis tapi demi nak baik. hurahhhhhh.


  • lap rambut
apa kau ingat lap rambut main kau gosok gosok gitu je? no. lepas basuh tu please lap dengan lembut pastu biarkan kering dengan semula jadi takpun pakai je hair dryer. JANGAN sikat masa basah. ya allah ni lah paling ramai orang buat. bila sikat masa basah boleh mengakibatkan rambut gugur lagi banyak. so tunggu dia kering baru sikat.

janganlah korang duk bungkus kepala tu, biar dia kena angin. kalau duk perap gitu memang tak akan elok. lain lah korang ada mesin yang kat salon tu. takde kan? so no bungkus kepala.


  • no sharing
oh please, janganlah share inner orang. kulit kita sangat sensitif even tudung baru beli kat kedai tu basuh dulu before pakai.


so that all my tips. seeloknya mencegah daripada merawat sebab bukan senang dik oit nak hilang. takes time. jangan jadikan kelemumur tu alasan tak nak pakai tudung. BIG NO. kalau kita nak buat baik, in syaa allah allah tolong, ok?

till next post.
xoxo
zaa


 

Post a Comment