Rant again

by - Sunday, November 08, 2015



tak boleh move on T^T

2 years ago

"nanti kita naik pentas sesama." farahin pandang aku dengan senyum. bergitu jugak aku.

"aku nak jadi dentist. kau dengan bio marine. wahhh best best. eee tak sabar" tangan digegam siap dengan gaya muka sekali. nak tunjuk yang si farahin ni eksaited. aku? lebih kepada tak sabar nak keluar dari zaman baju putih kain biru ni. bosan nak hadap buku yang banyak. kertas kertas cikgu bagi pun dah tinggi bukit.




"zaa, kau dengar tak?" ditolak bahu aku. maka jadilah satu garisan panjang dalam buku.

"habis buku aku. kau padam balik" aku tolak buku past year physics ke meja dia. memula dia padam tak sampai sekerat dia berhenti. sekali dengan mata pandang kearah aku.

"apesal stop? padaaaammmm sampai habis paham?" dia masih pandang aku. tak berkedip.

"lepas ni dah tak ada nak gaduh dengan kau dah. jangan rindu aku" tersentak aku dengan ayat dia. ala masa cuti ada. boleh je jumpa nanti.

- - - - -

assalamualaikum,

hari ni aku kembali dengan rant ntah-apa lagi. zaman sekolah bagi aku yang hidup 2 tahun dulu;

terkonkong. diikat dengan segala peraturan ntah-apa. bosan dengan life asrama. buat itu tak boleh buat ini tak boleh. hari hari hadap past year. cepat lah habis. malas nak hadap benda alah ni

dan aku zaman sekarang

rindu zaman sekolah

aku ni antara manusia yang dah lepas baru nak hargai. tak akan dapat balik lah pergi zaman dulu. jujur bagi aku, zaman Uni best je sebab tak macam zaman asrama dulu. semua serbi dipaksa tapi tak se-best zaman sekolah. zaman Uni, zaman peralihan antara sekolah dan luar. percayalah kalau salah pilih kawan memang hancur barai ah kau. aku bersyukur sebab masa zaman sekolah dulu aku dah dibasuh dengan dawai besi sehabis habisnya. setakat ni aku boleh survive.

sebenarnya men-trowback  kisah lama sangat tak sihat sebab kita kena move on. seorang zaa ni tak ada keje. so conclusion rant aku kali ini, hargai apa yang ada sekarang. its normal budak form one rindu sekolah rendah, form four rindu form 3. uni student rindu sekolah.

create as many sweet memories as possible. nanti bole cerita kat anak anak kau nanti. kisah bagaimana mama bertemu papa di lab bio *still merepek

p:s gigih aku edit blog ni dari pagi sampai malam. aku tak jumpa skin yang aku berkenan di hati so aku re-edit je balik skin lama ni. aku tak rasa berubah sangat pun blog ni -___-

xoxo
zaa :D


You May Also Like

4 comments

  1. takleh move on dgn ayat mama bertemu papa di lab bio hahah btw sedih la bila imbau balik kenangan. next yr giliran saya pulak spm huhu 😭😭

    ReplyDelete
  2. lulz aku menanti papa kau tu ha di lab bio uhuks

    ReplyDelete
  3. WHY THAT GUY MACAM USUI TAKUMI! RAMBUT DIAAAAA /gasp/

    sorry off topic lol

    Yeah,, carpe diem ;)

    ReplyDelete