assalamulaikum.
bila belek dalam Dropbox banyak gila gambar tahun 2017. boleh ah sampai 1k++ :') tu campur dengan selfie roommate pinjam phone, gambar kucing, random flowers and stuffs /gambarkucingituperluk/. okay enaough lah mukadimah now, let me bring you to my 2017's story.
- Part 4
part 4 aku bermula oct 2016 something in between camtu. new faces, new lecturer, new subjects anf of course new classmate. aku decide ambik physics stream. tak ramai pun yang ambik phy dalam 10 orang je comparekan dengan biology stream ramai ah gak. if you follow my blog long enough you know that i really hate physics since spm. YE AKU MAKAN SUMPAH AKU SENDIRI GAISSS HAA PADAN MUKA - -"
so at the end aku bahagia je sebenarnya ambik physics sebab benda yang betul betul aku minat. aku tak rasa terpaksa macam part 1 aku dulu. in syaa allah kalau ada rezeki aku sambung degree in engineering. ha ni lagi satu benda baru. aku en nak ambik marine biologist sampai part 4 terus cam bye ah kau marine biologist HAHAHAHAHAHA.
- sem break
aku dapat 5 bulan cuti sem. ITS FREAKING 5 MONTHS YA ALLAH BAPAK LAMA. so aku decide untuk buat part time. entah camne langkah kanan en orang kata aku mintak terus dapat. memang aku tak merasa nak cuti mereput pun sebab start cuti terus kerja. apa yang buat aku ingat sampai sekarang time aku kerja ni, bulan puasa.
get ready with tissues.
lupa nak cakap aku kerja kat kedai kain. jadi sales girl. one day, aku serve this one family. kecil je family dia. ade anak lelaki sorang pastu anak perempuan dalam 6 tahun camtu. aku tanya la nak tengok baju melayu budak dulu ke dewasa? si ayahnya jawab untuk anak dia dulu. so aku bawak kat bahagian kanak kanak. aku cari saiz pe semua dia tanya berapa harga, kalau tak silap anak dia ambik saiz paling kecik so around myr 80 gak ah. then cari baju ayahnya pulak matching-kan sekali dengan baju anak. dia tanya lagi ni dah berapa? sebab time tu bini dia dah cari baju anak perempuan dia. baju melayu dewasa dah myr 150. so dah total myr 230. lepas aku cakap tu riak muka dia cam dah lain dah pastu pusing kat anak perempuan dia cakap,
"dik, baju kakak kita beli esok esok ek? ayah beli baju adik?" muka anak perempuan dia cam sedih ah jugak. i know that feeling sebab aku pernah jadi camni. of courselah merajuk (read: zaatira in 6y/o) but then aku tanyalah pakcik tu budget berapa,
"budget pakcik sebanarnya myr200 untuk 4 orang terus." time aku dengar pakcik tu cakap camtu rasa cam tak sampai hati je nak cakap tak cukup. untuk baju perempuan dewasa paling murah pun around myr 150. baju budak perempuan pun around myr 90.
pakcik tadi tambah lagi. "takpelah nak, pakcik ambik je ni dulu. yang orang rumah punya lain kali. dalam diam tu aku nak gak menangis. budak en biasalah nak jugak baju baru kalau tengok kawan kawan dia yang lain ada baju cantik. anak perempuan dia menang sikit lagi nak menangis. aku pandang anak dia. aku duduk depan dia.
"adik, takpe nanti ayah beli baju adik lagi lawa kat sini. baju kat sini takde saiz adik." dia senyum la sikit. main bedal je aku tipu budak tu. before diorg keluar tu, budak tu lambai kat aku. k aku tak ingat aku menangis ke tak time tu :')
2nd time ha ni betul nak dekat raya dah. tempat aku kerja ni memang tiap tiap tahun buat program anak anak yatim. akan ada rombangan rumah anak yatim datang untuk persiapan raya. set complete ah kiranya dapat. aku tolong ah sorang budak perempuan ni cari baju. aku tanya lah nak warna apa?
"tak kesah"
aku bawak ah kat style yang aku rasa lawa and kena dengan dia. aku bawak dia pi fitting pe semua. suruh dia keluar, tengok cermin.
"okay tak? ke nak akak bawak yang lain?" dia geling.
aku pelik gk kenapa dia senyap semacam je. nak cakap suka pun tak nak cakap tak suka pun ye. aku tanya lagi.
"adik nak try yang lain ke?" dia geleng lagi.
tapi,
"saya okay je mana mana. asalkan ada. terima kasih kak." baru dia senyum sikit.
kadang en bila kita susah baru kita tahu sesuatu nilai yang kita anggap kecil. bila tolong budak budak ni cari baju kadang tu en baru aku rasa yang aku ni bertuah sebab still ade parents yang belikan baju untuk aku. still ade parents untuk raya tahun ni. idk with this kids maybe diorg ade je mak or ayah but situation diorang lain dari orang lain yang ada je beraya dengan benda mewah tapi diorang cukup apa yang ada.
p/s hairul azreen sangatlah hansem. hari hari usya dia. HAHAHAHAHAHAHA
- final sem
finally dah nak habis diploma. lelah weih nak menghabiskan cuti sedangkan orang lain bulan 9 tu dah final, aku ni baru bukak new sem. awal awal sem tu cam chill chill lagi. kelas pukul sepuluh pastu kelas last habis pukul 2. balik rumah terus nampak katil. ha camtulah awal sem aku sebabkan itulah aku buat part time job. kat cafe depan rumah je. mula tu risau gak ah karang kerja ni takde life lah pastu dengan tak studynya but then okay je sebanarnya. aku kerja pun tak fix day and kalau aku ada exam besok je boleh je excuse tak masuk kerja. kerja pun masuk pukul 5 habis pukul 11 camtu.
cam aku cakap in previous post, kalau nak kerja time belajar cari boss yang jenis paham kau seorang student.
kalau dah sebut fnal year of course ade fyp. like in previous post jugak fyp aku actually tak jadi. servo patah. ntah macam mana pagi tu lepas duk bobel kat mak pe semua alhamdulillah dia jadi pastu patah. rasa cam nak menagis on the spot sebab malam tu duk risau meraban takut tak hidup sekali pagi tu normal je ha AHAHAHAHAHAHAHAHAHA
batch 1518
- trip
finally study week has come. idk why but for us la kan, asal study week time tu la ajak gi derak ah gi san gi situ padahal study week for study but anyways, sehari sebelum trip ada pre graduation dinner. sumpah ah that week muka aku serupa zombi dengan tidur pun lambat semata mata nak setelkan assignment yang last2 ni.
dinner habis around 10pm camtu. tambah tolak dengan time nak ambik gambar (p/s haaa time nilah siapa pernah crush dengan itu ini ambik gambar sekali. mana nak dtg peluang gini yedak? haha) aku adalah gak ambik gambar dengan certain orang include guys dalam kelas aku. huish bukan senang nak tengok diorg dress up selalu gi kelas selebet molek haritu je nampak handsome. balik rumah dalam pukul 12 camtu. dengan nak mandi lagi basuh baju setel dalam pukul 3 pagi. yes, again. tidur lambat padahal besok tu kena bangun pukul 6 nak gerak terus dalam pukul 7. thanks to shera and kyra gigih call semua orang suruh bangun :')
trip kalini pakai 2 buah kereta je. 5-5. satu kereta ada 3 girls and 2 boys. memula gerak tu memang aku takleh bukak mata la. telan novamin terus tumbang. sedar sedar pun dah sampai kat penarik.
dari kb nak ke penarik adalah dalam sejam setengah i think? ikut jalan pantai. yang bestnya kat penarik ni ada kedai berderet deret jual udang celup tepung dengan harga myr 10 for 20 ekor rasanya. aku takleh makan. mampu tengok je sep sep ni makan. makan nanti beranak balik jerawat - -"
lepas dari penarik tu terus masuk kt but before that stop kejap solat jumaat. sampai ganu pun dalam pukul 2 camtu terus redah cari kedai makan. fyi, ganu dengan kelantan kalau jumaat kedai tak banyak bukak. nak nazak gak ah pusing2 cari kedai makan pastu stop kat foodcourt ape ntah nama dia. dekat dengan pantai batu buruk.
after that, gerak gi marang. nak tengok tasik pepsi blue. ni paling aku tak suka but the best view ever. nak menyampai kat tasik tu kena hiking ye anak anak. yang buat aku nak menangis meraung biar ah turun berguling sebab aku pakai kasut flat. KASUT LICIN WOI. dahlah hiking time hujan. takdelah tinggi mana but yea tinggi ah gila kalau jatuh mati gak. k zaatira with her over reaction. just one thing kalau pergi sini. please pergi berteman and if u are a group of girls yang nak pergi tengok lebih baik bawak guy sorang dua. serius for me agak bahaya sebab kawasan tu bekas lombong cam tempat terbiar ah gak.
nampak myvi kuning dengan putih? ha thts our car and time ambik gambar atas bukit tu tak sampai pun lagi tasik tu.
gambar dari puncak.
gambar ni dari bawah. kena turun lereng bukit yang scaaaaarrrryyy baru sampai kat sini. /overtakhabislagi/
tengah sedap duduk atas tu tetibe hujan weih. haru lah. memang masuk kereta dengan basah teruk. dah alang alang dah nak senja terus cari stop kat masjid. masjid tengku tengah zaharah aka masjid terapung. dengan kedaan aku basah ye kasut basahnya tak dan nak usya masjid tu sangat. kat situ dia ade letak makanan ikan yang kepada sesiapa nak feeling2 kasi ikan makan bolehlah beli dengan harga seringgit.
dah bersih, solat and makan, kiteorang gerak pi uptown kontena aka dapo pata (sorry kalau salah eja) TIME TU HUJAN TURUN SETURUNNYA AND DAH SAMPAI PUN HUJAN LAGI. so no photo. kedai pun tak bukak weih T^T
then kiteorang gerak pi bukit panorama. kat situ boleh tengok permadangan sekitar kualan terengganu. lawa ah gak dengan lampu pe semua but still HUJAN WEIH HUJAN. takpelah hakak payung gambar dalam hujan satu.
last stop, kiteorg pergi ambik gambar kat i love kt.
YESSS HUJAN LAGI TIME NI :')
gerak balik kb around 12am camtu. memang sampai rumah betul betul pukul 7 pagi and mata aku barai habis. 24hrs kot. mandi terus tidur sedar sedar pun ibu call tanya nak balik pukul berapa. free je dapat demam balik kuantan.
so road trip tu last highlight from my 2k17. thanks kepada yang datang bawak colors dalam hidup aku yang suram semacam. thanks for the memories. thanks for everything. i should write appreciation post but already did that in instagram so pass jelah.
that all from me,
this is zaa. signing off!