la vie est belle

facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • About
  • chatbox
"mac and cheese?" dia angkat kening. tanda tak percaya.

"aah" aku dah capai sudu. dikaut sedikit sebelum disuap kedalam mulut.

"kau beriya ajak aku makan kat secret recipe sebab mac and cheese je?" masih lagi dengan nada tak percaya dia.

"aah" aku suap kali kedua.

"dari makan kan sini baik kau masak. bukan kau tak reti pun. dah lah mahal. membazir tahu" dah mulalah nak kasi ceramah. kalau layan sangat dia ni memang menjadi lah dia punya mulut. kekadang aku pun pelik, aku yang perempuan ni tak banyak mulut, dia ni hah lelaki yang banyak mulut. mak pun tak bising aku nak makan kat sini.

"kau dengar tak aku cakap ni?" dia dah tarik gelas tinggi yang berisi air coklat kearahnya.

"nope" aku teruskan makan.

"kau ni ish, ni kemahuan tahu tak? bukan satu keperluan. so dia dalam kategori mem-ba-zir. membazir tu kan amalan syaitan" ingatkan dia dah minum air tu nak stop, boleh pulak dia sambung!

"ok, whatever ustaz-to-be" pinggan yang kosong ditolak kedepan. ditarik gelas tinggi yang berisi jus buah. dikacau kacau isinya menggunakan straw.

"laju gila kau makan" aku sedut perlahan air. mata ditala kearah oreo cheese cake dia yang masih tak berusik sikit pun.

"sebab kau tu dari tadi nak ceramah aku en, tengok tu kek tak berusik langsung." dia pasang senyum segaris.

"ni kau dah decide nak ambik apa masa degree?" dia tujar topik. aku geleng laju.

"apa kata kau ambik engineering?" aku dah angkat kening.

"kau masuk kat Uni aku. for sure, kau dapat bila kau mohon" aku dah tenung dia lain macam.

"nak cakap aku nak kau belajar sama dengan aku lah tu. hell no, babe! aku just cadangkan je. yelah aku kan tengah ambik electrical and for me bukan susah pun. senang dapat kerja. kau kena ingat sikit, kita kena kerja nak bayar hutang"

bamm!

ayat kau memang dah power ah untuk seorang bakal engineer ni.

"aku tahu kau tak minat benda ni tapi zaman sekarang ni kau kena letak keperluan dulu baru kemahuan. sama macam mac and cheese ni. padahal boleh je kau buat kat rumah dengan bujet lagi murah dari kau beli, sebabkan kau malas ah kau nak makan kat sini and sebab dia lebel secret recipe en? " dia sambung lagi. tangan sama laju dengan mulut, dicedok sedikit kek lalu disua kemulut.

seriusly, aku rasa macam duduk depan sasterawan negara. ayat punyalah deep. boleh ah ala ala tercekit garfu.

"kalau setakat nak suruh aku ajar pun no hal sebab kita belajar tempat sama" dia dah senyum lebar.

ada udang disebalik mac and cheese!

"ala tadi kata taknak aku belajar sama dengan kau. cakap macam orang tak betul. main putar belit" aku buat muka. dia boleh pulak gelak, kuat pulak tu. ya allah ada jugak kena ketuk pakai sudu ni.

"ni aku nak cerita sikit tapi janji kau jangan gelak"

"ye. pedia?" aku pandang dia.

"janji ni?"

"ye janji. hah cepatlah cerita!" tak sabar.

"masa aku memula masuk U dulu aku pergi jumpa kaunselor. sebab aku en budak baru dia suruh buat test. first thing benda dia cakap lepas tengok test tu dia cakap, aku tak boleh nak couple"

sumpah aku gelak sampai keluar air mata.

"weih weih aku tak habis cakap lagi ni"

seee sampaikan kaunselor kau sendiri cakap kau tak boleh couple. hah tulah bila aku reject kau banyak kali bukan nak sedar diri lagi.

"boleh tak bagi aku cakap dulu?" dia dah bengang. aku kesat air mata pakai hujung lengan baju.

"ha sila sila"

"dia cakaplah aku ni mudah friendly dengan semua orang. kau pun tahu en aku macam mana?"

"pastu dia ada cakap lagi, if aku still jugak couple time sekarang, i will tend to hurt that person"

aku mati senyum.

"betul kan?" soalan.

aku tak angguk, tak geleng. dalam hati aku dah jerit sekuatnya. ya, kau memang dah banyak sakitkan hati orang tanpa kau sedar pun. aku lebih memilih untuk diam sebab aku dah penat nak bergaduh benda yang sama. lebih baik dia stay macam ni.

"aku tak nak hilang kawan aku lagi sekali" dia senyum segaris. senyum yang paling ikhlas aku pernah nampak.

- - - -

test test test. kalau best cakap ah best netau aku panjangkan ke XD

xoxo
zaa
Saturday, May 28, 2016 1 comments
assalamulaikum ppl,

harini aku nak share pengalaman paling ngeri dalam zaman 'teen' aku. aku ada masalah kelemumur yang sangat teruk. dah lah berkeping keping and bila tanggal dia berdarah. bila sikat je mulalah 'salji turun dari atas kepala. HAHAHAHAHAHAHA. aku ni dulu jenis penakut. everything yang berubah kat aku, aku tak akan cerita kat mak aku. aku rela diam je - -" bila ingat balik rasa nak marah diri sendiri sebab diam. kan dah merana sesorang.

kelemumur ni lumrah bagi orang yang bertudung ni sebabnya tiada pengudaraan dalam rambut. dahlah berpeluh pe semua ha memang menjadi jadi lah 'salji' dalam tu. lepas masalah 'salji' gugur pulak. sekali sikat, masha allah, punyalah banyak rambut gugur sampai satu tahap tu aku nak nangis tengok sebab takut botak. HAHAHAHAHAHA.

but now, alhamdulillah. i am free from dandruff tapi still gugur. tak seteruk yang dulu. so, i will share some of my tips on how to get rid your 'snow'.


  • syampu
aku guna syampu safi untuk kelemumur.aku tak ingat botol warna apa tapi yang aku ingat dia ada ekstrak limau nipis . bukan shaela ye. safi biasa tu. amaran, syampu tu sangat pedih  jika terkena kawasan kulit kepala yang luka. masa kau syampu tu pastikan kau urut sampai ke pangkal kulit kepala. biar sekejap, so dia meresap ke kulit kepala pastu bilas. jangan kau setakat syampu ramput ikut cukup syarat. memang kesudah tak akan jadi. basuh rambut at least sekali sehari. kulit kepala kering pun tak elok jugak.

kalau macam aku, kalau aku ada kelas pagi, aku  akan basuh rambut belah petang. kalau basuh pagi, rambut tak dapat kering dengan sempurna dan menyebabkan kau orang pakai tudung dengan rambut lembab. datang pulak masalah baru, rambut masam. euwww.


  • potong
aku tahu tak ramai yang sanggup nak buat ni even aku, tapi kalau dah teruk sangat memang jawabnya bye bye ah. bila dah pendek memudahkan korang untuk handle rambut korang. so bila dah ok, nak simpang sepanjang repunzel pun ikut korang lah.

tapi step ni bila korang rasa terdesak tersangat sangat dan dah tak tahan. aku buat dan jadi. memang nak menangis tapi demi nak baik. hurahhhhhh.


  • lap rambut
apa kau ingat lap rambut main kau gosok gosok gitu je? no. lepas basuh tu please lap dengan lembut pastu biarkan kering dengan semula jadi takpun pakai je hair dryer. JANGAN sikat masa basah. ya allah ni lah paling ramai orang buat. bila sikat masa basah boleh mengakibatkan rambut gugur lagi banyak. so tunggu dia kering baru sikat.

janganlah korang duk bungkus kepala tu, biar dia kena angin. kalau duk perap gitu memang tak akan elok. lain lah korang ada mesin yang kat salon tu. takde kan? so no bungkus kepala.


  • no sharing
oh please, janganlah share inner orang. kulit kita sangat sensitif even tudung baru beli kat kedai tu basuh dulu before pakai.


so that all my tips. seeloknya mencegah daripada merawat sebab bukan senang dik oit nak hilang. takes time. jangan jadikan kelemumur tu alasan tak nak pakai tudung. BIG NO. kalau kita nak buat baik, in syaa allah allah tolong, ok?

till next post.
xoxo
zaa


 
Tuesday, May 24, 2016 No comments
assalamualaikum, ppl!

aku tak tahu kalau orang lain ada problem macam aku ke tak but for me, i can't stand anymore!

my biggest problem is insecurity in everything.

majority kawan aku semuanya lawa and flawless. bila selfie sesama, whoah aku rase aku yang tergelam. benda ni buat aku down sendiri. even my mum do that to me. aku ni jauh sekali nak cakap flawless, jauh lagi cantik. bila orang terlepas cakap "eh muka dah teruk ni kenapa?"

thats hurt enough.

bukan tak effort nak 'normal' kekadang aku macam urg. please i don't know why my face became like this, orang sampai ingat aku ni tua dri umur aku dah ah aku specky tersangat nampak aku ni tua.

2nd one, bijak. bila aku tgk keliling aku semua bijak bila aku tak dpt tangkap certain topic, and aku tanya 'org bijak' bout that topic,

"takkan tak tahu yang ni?"

benda ni macam kena hiris hiris.

so kekadang tu aku mmg jadi shadow. i mean aku tak stand out. bila nak pakai something, aku akan pikir no i can't wear this. no, i not pretty enough ti wear this.

bila nak lontar my own idea, aku auto akn terpikir, "no, ni mesti kena reject" "tak kena. ala benda ni biasa"

HAHAHAHAHAHAHA

bila ntah aku nak belajar utk overcome benda ni semua.

thts all,

xoxo
zaa
Sunday, May 22, 2016 1 comments
Newer Posts
Older Posts

Owner


Just Married


name given: zaatira. people call me za-a. 23 years old girl that wish to living in fantasy. blogging every weekend. someone that love makeup and also food! READ MORE



you can directly contact me via
leezara.zatyra@gmail.com



collaboration

Just Married


-Haikal-
Benda terakhir yang diingatnya sebelum tubuh menyembam lantai, halaman sebelum lacuna dalam memorinya wujud adalah "Aku hadiahkan ini untuk kau. Guna sebaik-baiknya."

O...kay? Kalau itu bukan creepy, apa nama lainnya?

Dan Hara... is she the missing page?
READ MORE

Blog Archive

  • ►  2020 (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2019 (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2016 (25)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (3)
      • mac and cheese
      • snow on your head?!!
      • insecured
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)

playlist

cheesecake

  • between the lines
    088: being in our twenties
  • Of Coffees And Muffin
    01. A new life path?

banana-crepe

  • f l a w s o m e
    PELAJAR KPSK MENCUNGKIL KEBOLEHAN SENI ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI KARNIVAL CASAxOKU 2025
  • La Scrittura Street
    30s; What has Changed?
  • Nurul Rasya
    The patient doesn’t have much time left to live
  • trouvaille
    Cafe | Kula Cakes by Lila Wadi
  • Chapters
    Chapter 114: 4 Months and 10 Days....

mooncakes

Popular Posts

  • July empties!
    assalamualaikum and hello peps! yaa i know, July is not over yet but this girl (read: me) have nothing to post so yeah. my July empties...
  • Review: Put Your Head On My Shoulder
    assalamualaikum and hello peps! i'm back with another review! drama ni dah lama bulan 4 ritu. aku dah sesiap letak dalam playli...
  • my 2019 recap
    assalamualaikum peps! lama sangat tak update anything kat sini. well y last update pun about 6 month ago. yes during my sem break last ...

Labels

anime book contenganzaa drabble drama favorite giveaway life makeup movie review skincare trip update wrap up

Created with by ThemeXpose